Saturday, May 31, 2008

Codec! Kenapa anda perlukannya?

Pernahkah anda berdepan dengan masalah 'player' anda tidak dapat memainkan video dan ia meminta anda memuat turun 'codec' untuk memainkan video tersebut? Bagi mereka yang kurang pengetahuan tentunya terfikir apa itu 'codec'? 'codec' sebenarnya adalah enkoder/dekoder tertentu yang diperlukan oleh 'player' untuk membaca fail atau 'render'. Tanpa 'codec' tertentu 'player' tidak dapat memainkan fail berkenaan. Seringkali kita melihat pengguna pc atau labtop meng'install' pelbagai 'player' didalam komputer mereka. Adakah anda tahu sebenarnya anda hanya memerlukan satu player sahaja untuk memainkan semua jenis fail
sekiranya anda 'install' 'codec' kedalam komputer anda. Anda boleh men'download' 'codec' ini di internet dan terdapat banyak 'codec' di pasaran malahan ianya adalah percuma. Dengan begitu banyak pilihan anda tentunya keliru, yang mana satu adlah yang terbaik. 'codec' yang terbaik tentunya yang mampu memainkan semua jenis fail audio dan video. Disini saya senaraikan dua 'codec' terbaik yang menjadi pilihan saya.
1) vista codec package
-'codec' ini adalah khusus ntuk windows vista dimana anda tidak perlu menginstall 'player' tambahan. cukup sekadar windows media player. setelah anda meng'install' codec ini, ia akan secara automatik membenarkan windows media player menggunakan 'codec' yang di'install'. jika sebelum ini windows media player tidak dapat memainkan fail avi atau rmvb kini tida masalah lagi. apa yang plaing saya suka dengan vista codec package adalah ia tidak meng'install' player tambahan seperti window media player classic. ini bermakna saya hanya memerlukan satu player sahaja untuk memainkan semua jenis video. kepada pengguna windows xp jangan risau anda juga boleh menginstall codec ini kedalam windows xp.
2) storm codec
-storm codec juga mempunya ciri-ciri yang sama dengan vista codec package. apa yang membezakan antara mereka adalah storm codec akan menginstall player tambahan iaitu windows media player classic. saya tidak berapa sukakan player ini kerana ia akan mengambil banyak 'resource' dari pc dan ini akan menyebabkan pc kita menjadi lembab semasa memainkan sesetengah fail. keadaan ini sering terjadi sekiranga RAM pc kita tida mencukupi. untuk windows xp adalah dinasihatkan anda mempuyai RAm sekurang-kurangnya 512MB dan windows vista 1 GB untuk kepuasan anda sendiri.
Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan tentang 'codec' tentunya tertanya-tanya kenapa saya tidak memasukkan K-Lite Codec Pack atau K-lite Mega Codec didalam senarai pilihan saya. 'codec' memang menjadi pilihan ramai tetapi setelah saya membaca dengan teliti 'codec' ini tidak mempunyai sebahagian 'codec' yang terdapat didalam Vista codec atau storm codec.
Kini adalah telah mengetahui tengtang 'codec'. bagaimana pula untuk meng'install'nya? 'install memang mudah tetapi adakah anda mengetahui cara terbaik tanpa menyebabkan masalah kepada player anda yang lain. Cara terbaik adalah anda 'install' dahulu player kesukaan anda sebagai contohnya Jet Audio. setelah itu barulah anda install 'codec' pilihan anda. dengan ini secara automatik player anda dapat menggunakan codec berkenaan tanpa masalah dan sekiranya anda ingin membuang 'codec' berkenaan atau player anda, tiada sebarang konflik akan berlaku. pernah terjadi kawan saya tidak dapat 'uninstall' real one player dari pc nya disebabkan dia 'install' player berkenaan selepas 'install' K-Lite codec.
Kini adnda telah telah mengetahui apa itu 'codec' dan fungsinya. apa lagi cubalah sekarang. sekiranya anda anda mendownload dari internet pastikan anda menggunakan web site rasmi codec berkenaan supaya anda tidak akan dikejutkan dengan spyware atau virus. download adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.

dibawah adalah beberapa website tambahan yang boleh dikunjungi:
www.soft32.com
www.download.com

Selamat Datang!!

Selamat datang sumer!!!! Blog ini dibuka secara rasminya pada 1 jun. Jadi kepada rakan-rakan yang ingin berkongsi sebarang maklumat boleh menggunakan blog ini. Response dari anda semua adalah dialu-alukan..

nanti aku cari ler